KEPADA IBU BAPA...KASIHANILAH KAMI ...KERJA UTAMA KAMI ADALAH MENGAJAR...memanglah MENDIDIK DAN MEMBENTUK KANAK-KANAK ATAU REMAJA MENJADI INSAN BERGUNA juga tugas kami...tapi agak2lah...kami pun manusia...takkan kami nak jaga 40 orang ni sampai kes lari rumah dan malas nak ke sekolah ni tiap2 tahun...ringankanlah secebis beban kami....BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGA DAN MENDIDIK MEREKA SUPAYA MEREKA MENJADI INSAN YANG BERGUNA
Proses Kerja 3
Proses Kerja Ponteng Sekolah (Berturut-turut : 31 Hari)
1. Mengenal pasti murid-murid yang ponteng selama 3 hari secara berturut-turut
Diurus : Guru kelas
2.Guru kelas perlu :
2.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama kepada ibubapa /penjaga
2.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga untuk mencari punca pelajar ponteng.
2.3 Memberi cadangan kepada ibu bapa bagi memastikan anak / jagaan mereka hadir ke sekolah.
2.4 Jika tiada masalah besar, kes dianggap selesai dan murid dianggap sebagai tidak hadir bersebab.
Diurus: Guru kelas
3.Guru kelas perlu memaklumkan kepada kaunselor:
3.1 Murid yang mempunyai masalah serius,akan dirujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling
3.2 Kehadiran murid ini akan dipantau oleh guru kelas seperti menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera jika murid tersebut tidak hadir ke sekolah
Diurus: Guru Kelas,Guru Bimbingan dan Kaunseling
4.Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( Hari ke-6 ) hubungi ibu bapa/ penjaga
Diurus: Guru kelas / Guru yang diberi kuasa
5. Mengenal pasti murid yang tidak hadir selama 7 hari lagi (Hari ke-10 ) selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama dikeluarkan secara berterusan
Diurus: Guru kelas
6.Guru kelas mengurus:
6.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Kedua kepada ibu bapa / penjaga
6.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga punca murid ponteng
6.3 Jika punca yang sama, ibu bapa / penjaga dicadangkan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti meminta murid berkenaan menandatangani surat akur janji.
6.4 Murid ini juga akan dirujuk kepada guru kaunseling untuk sesi kaunseling secara berkala.
6.5 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesai
Diurus: Guru kelas, Guru Bimbingan dan Kaunseling
7. Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling
Diurus: Guru Bimbingan dan Kaunseling
8.Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( Hari ke-13) hubungi ibu bapa / penjaga
Diurus: Guru kelas / Guru yang diberi kuasa
9.Mengenal pasti murid yang sama melakukan kesalahan ponteng selama 7 hari secara berterusan selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Kedua dikeluarkan ( Hari ke-17 )
Diurus: Guru kelas
10. Guru kelas perlu:
10.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Ketiga kepada ibu bapa / penjaga
10.2 Perbincangan dengan ibu bapa /penjaga menjelaskan tindakan buang sekolah akan dikenakan, jika murid berkenaan masih ponteng selama 31 hari secara berterusan
10.3 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesai
Diurus: Guru kelas
11.Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling
Diurus: Guru kaunseling
12.Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( hari ke-20) hubungi bapa / penjaga.
Diurus: Guru kelas / guru yang di beri kuasa
13. Mengenal pasti murid yang ponteng selama 14 hari secara berterusan selepas surat amaran ketiga dikeluarkan ( Hari ke-31) Hubungi ibu bapa / penjaga murid dan nyatakan kesalahan.
Diurus: Guru kelas
14. Guru kelas memaklumkan kepada kerani sekolah:
14.1 Menghantar surat buang sekolah kepada ibu bapa / penjaga jika sabit kesalahan
14.2 Murid diberi peluang membuat rayuan bersekolah semula.
Diurus: Guru kelas,PK HEM,Pengetua,Pendaftar sekolah JPNJ
15.Rekod kes / Kes selesai
**Prosedur sebenar jika pelajar tidak hadir sekolah tanpa surat daripada ibu bapa...jika sekadar telefon, tiada hitam putih tidak dianggap 'sah'...anak anda dianggap ponteng tanpa sebab...luangkanlah masa 5 minit untuk membuat surat...ini baru kes tidak hadir ke sekolah tanpa sebab....bayangkan kes tidak siapkan kerja rumah, lewat datang ke sekolah, lewat masuk kelas, tidur dalam kelas, ponteng kelas dan banyak lagi.....ini baru secebis kerja kami kawan2.....
No comments:
Post a Comment