Sunday, May 1, 2011

Seorang guru biasa

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 4 buah buku 1 kelas = 38 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = ???? Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 3-5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6.. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN

20 Menyiapkan file koko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Failing itu itu (cikgu pun tau kan...)
32. Perkembangan staf

33. Mengendalikan perhimpunan murid

34. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
35. Hari Guru pun dirancang dan dilaksanakan sendiri...(macam syok sendiri pun ada....hahaha kesian...)


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas…..BANYAK LAGIKAN tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita....


SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA TUHAN SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

No comments:

Post a Comment