Wednesday, August 17, 2011

AKU MANUSIA BIASA YANG MEMANG BEKERJA KERANA KERJA. BUKAN UNTUK MEMBODEK MANA-MANA PIHAK

AKU MANUSIA BIASA YANG MEMANG BEKERJA KERANA KERJA. BUKAN UNTUK MEMBODEK MANA-MANA PIHAK.

Aku seorang manusia biasa. Sesekali terlupa bahawa aku manusia biasa. Sesekali juga aku alpa dek kemulusan liuk lentok kehidupan dunia. Semuanya nampak molek-molek belaka.

Aku tidak mencari kesempurnaan kerana aku juga tidak sempurna. Aku sedar. Aku tahu. Aku mengerti. Aku amat memahami. Aku diajar untuk sedar diri. Tahu d imana letaknya diri. Diajar memijak dibumi yang nyata. Diajar jangan memandang di tempat yang terlalu tinggi kelak dikhuatiri terlupa realiti diri.
Pun begitu, siapa pula aku untuk menghukum manusia lain sedangkan aku juga sedang menanti hukuman. Siapa mungkin mahu duduk serendah aku dan mengorbankan harga diri mereka yang tinggi dan terpuji untuk duduk bersimpuh berlantai tanah???

Tali harapan yang kupintal ini rapuh. Selimut kasih ini semakin kotor dan berdebu. Mungkin semua ini selayaknya untuk aku. Manusia daif dan berdosa.

Namun aku masih ada kuderat yang perlu aku kerah. Patah sayap bertongkat paruh, gunung kudaki, kudaki jua. Perjuangan ini belum selesai. Aku percaya masih ada cahaya di hujung sana. Aku percaya masih ada tangan yang sudi menyambut ketika aku tersungkur dan terduduk.
Maafkan aku kerana tidak mudah melupakan. Biar bibir mengucap maaf, hati berbekas hilangnya tiada. Putih kata, kadang kala bertukar hitam jua. Yang jahat tidak selamanya durhaka. Yang baik tidak akan menjelma menjadi dewa-dewa. Manusia ini darahnya sama sahaja merahnya. Membezakan kita amal dan taqwa. Katakan sahaja apa yang mereka rasa. Aku sedar, aku tidak mungkin sempurna…. sampai bila-bila.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan Janganlah berputus asa. Tetapi kalau aku sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya...dan kejayaan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali

No comments:

Post a Comment